KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 19 Jun 2009

Salam perjuangan buat saudara saudari sekalian. Apa khabar diri kalian? Apa khabar iman kalian? Semoga sentiasa dalam jagaan kedua-duanya. Kalian sudah makan? Minum? Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala rezeki yang dikurniakanNya kepada kita. Kali ini, mari sama-sama kita jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah.Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1:
Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.



Langkah 2:
Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air(Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.)

Langkah 3:
Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:
Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5:
Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.(Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja. )

Langkah 6:
Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Selamat mencuba! Lets do it!

Khamis, 11 Jun 2009

Motivasi

Pernah x korg rasa korg ni x brguna??? (jwab lam ati). Aq rasa la, sbagai sorg mnusia normal pasti prnah kn? Tp, aq x tahu la klu korg x prnah rasa.( aq x ckp korg x normal) Maybe korg rsa dri korg trlalu brguna..haha, amin. Mmg aq ngaku, kdg2 kita trlmpau tnsyen ngn sesuatu smpai mrasakn diri kita xbrguna. Seriously, aq prnah rasa.(pecah rahsia). Apepon, xpela klu kita kongsi kn? Lgipn, korg bkn tahu aq sapa. Hehe. Klu yg tahu tu, senyum jer la. Sebenanya, bila kita rsa cam tu kita dah lupa something. Kita ni diperlukan. Cuba korg fikir, klu xde korg, sapela yg nk baca blog aq ni. Pasti akn ada jga sesuatu yg mmrkukn kita. Betul x?(maafla klu korg rasa aq mrapu, aq main taip jer).

Korg tahu x? Tnpa sedar, akn ada jga mnusia yg mletakkn harapan pd kita. Aq yakin, pasti ada! Tnpa kita sedar, akn ada mnusia yg ingin mlihat kita ketawa gembira. Korg tahu x, bila aq rasa diri aq x berguna, aq tgk penagih dadah(aq mmg pelik2). Apsal dorg x rasa diri dorg x bergna? Padahal masyarakat pn x mmrlukan dorg apalagi negara. Aq x kn lupa 1 kata2 yg keluar dri mulut ummi aq yg mmbuatkn aq........,mmbuatkn aq....,ntahla. Aq x dpt tafsirkn prasaan e2. "Ummi yakin, ank ummi lebih hbat dri Nur Amalina yg dpt 17 A tu.". AHA! Cuba korg tgk situasi ni, aq rasa dri aq x brguna padahal aq hebat!( x la sehebat korg, hehe). Aq hebat di mata ummi! Di mata adik2! Aq idola mereka.

Disebabkn rasa syg dn cnta yg mndalam pd dorg suma, aq berubah. Aq x rasa rndah diri.( Rndah dri sifat yg mulia~ikut keadaan la~). Kdg2 aq heran. Mcmna aq bole slalu dpt top 3 lam kelas padahal aq x ska bca buku plajaran. Buat nota pn ala kadar. Aq mmg malas belajar, slalu blajar last minute. ( bgi aq e2 ok dri x blajar lgsung, jgn tiru tau). Aq ni klu nk blajar kna ikut mood. Hehe. Bila aq fikir balik, aq rasa diri aq boleh! Sbb 2 aq boleh buat exam.( disamping pertolongan dri Allah)

Cuba korg rasa diri korg hebat. Tp, jgn gitau org lain nnti dorg ckap kita riak plak. Aq yakin, pasti korg mmpu lakukn. KORANG HEBAT!

Rabu, 10 Jun 2009

Kitab Tajul Muluk

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. (aq tgh mncari kitab ni, tak jmpa2)Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.(Nmun, mmg bole dipercayai tp jgn trlalu prcaya, it's not perfect.)

Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia

P/S: Ini adalah dari Kitab Tajul Muluk(jadi ia bole dipercayai)

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

(susah tau nk jmpa kitab ni skang)

Isnin, 8 Jun 2009

Aku dan Jihad

Luahan Palestine(ntah aku dpt dri mna)

Kematian Shalah Shuhada merupakan 1bentuk baru perlawanan kami. Zionis sepertinya lupa pd sejarah. Mereka membunuh Yahya Ayash, tp akan dikeluarkn utk memerangi mreka 100 org Yahya Ayash. Kini mereka membunuh Shalah Shuhada, maka akn dikeluarkn kpd mreka 100 org Shalah Shuhada. Meskipun mrka mmbunuh Ahmad Yassin, kmi akn kluarkn 100 org Ahmad Yassin utk memerangi merka. Mereka salah jika menganggap pembnuhn akn mghntikn peperangan yg sbenarnya menambah kekuatn kami di atas kekuatan sebelumnya.

p/s: bila aku xde smangat dlm dakwah, aku akn ingat kata2 ni, naik balik smangat aku. Korang bole cuba!

Maafkanku Ramallah

Si cilik itu tegar melontar benci. Batu dan iman menjadi satu. Katanya dia rindukan atar firdausi. Lantas dia mencari pada kematian. Tatkala aku mengatakan dia mati. Menyusup suara dari lembah Golan. Anak kecil itu sebetulnya pencari shahid! Hidup memisahkan dia dan cintanya. Andai dia punya seribu nyawa. Seribu kali dia sanggup. Dalam lirih pedih,Tubuh cilik itu diarak takbir. Ramallah merayu lagi. Pernah rintihmu diabaikan? Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu. Berjejal di lorong syurga. Dan aku kaku,Malu .Maafkan aku...Bangsaku masih lena.