KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 27 Februari 2010

Tinta Admin, asif alaikum~

Assalammualaikum.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang.

Admin ingin memohon maaf kepada semua para pengunjung blog islamkanjiwamu yang sentiasa menjadi pencetus revolusi mindaku!. Mungkin atas kesibukkan yang melanda, admin semakin jarang untuk 'update' blog ini. Sebenarnya, masih terdapat banyak isu-isu baru yang mahu admin kongsi tetapi masa tidak mengizinkan. Em, masa tersangat mencemburui kita (chewah! hehe) .Juga tanggungjawab-tanggungjawab yang kian bertambah membuatkan admin semakin jarang menyentuh "keyboard". Takut sekali bila menjadi pemimpin, takut apa yang dikata tidak dilaksana dan takut jika kutewas dalam ujian ini. Kalian doakanlah moga admin thabat di dalam perjuangan ini. Asif sekali lagi. Admin ingin memohon jasa baik kalian, jika ada sebarang isu/artikel yang menarik, sila emailkan kepada admin. Boleh sahaja untuk diterbitkan di blog ini. Emailkan artikel tersebut di alamat ini= daie_elektronik@yahoo.com. JASAMU DIKENANG! ^_^

Em, sebelum jari jemari ini menghentikan tariannya, admin memohon agar semua pelawat blog mendoakan kejayaan admin dalam PMR tahun ini, juga kejayaan di akhirat!

Sekian, maas salamah~

Rabu, 10 Februari 2010

Petikan pesanan HAMAS buat muslim di malaysia.

Assalamualaikum sahabat, lama juga saya tidak berblogging. Apapun, perkongsian kali ini amat bermakna buat saya. Moga kalian mendapat manfaat daripadanya.

Ini adalah petikan daripada pesanan Dr. Khalil Islmail Al-Hayya mewakili Hamas di Palestin untuk umat islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Mazlee Malik atas permintaan Dr. Khalil. (Mazlee malik ialah penulis buku 'HAMAS pejuang kota suci Baitulmaqdis'). Pesanan ini saya ambil daripada buku tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pesanan tersebut sangat panjang, maka saya selitkan yang TERAMAT penting untuk dikongsikan bersama anda. Jika ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh bertanya kepada saya menerusi 'pingbox' yang terdapat di sebelah kanan blog ini ataupun anda boleh tinggalkan komen. Mungkin juga boleh menghantar email kepada saya.



PETIKAN PESANAN HAMAS UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA


"kami yakin saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada megara-negara bukan islam, apatah lagi daripada rejin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka"

"Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan."

Antara pesanan yang lain


"Kami akan terus memastikan prinsip islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini"

Saudaramu, Khalil Al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legistatif Palestin, 14 Mei 2006.


MasyaAllah sahabat, di manakah mujahidin dari Malaysia? Harapan mereka terlalu besar. Ya Allah, bergetar hati ini apabila membaca pesanan mereka. InsyaAllah, Palestin akan menyaksikan kebangkitan kali kedua. Takbir!

Wallahua'lam.

Why HAMAS fight?



"Kami tidak melawan mereka kerana mereka adalah yahudi. Tetapi kerana mereka merampas tempat tinggal kami, tanah kami."