Ini adalah petikan daripada pesanan Dr. Khalil Islmail Al-Hayya mewakili Hamas di Palestin untuk umat islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Mazlee Malik atas permintaan Dr. Khalil. (Mazlee malik ialah penulis buku 'HAMAS pejuang kota suci Baitulmaqdis'). Pesanan ini saya ambil daripada buku tersebut.
Untuk pengetahuan anda, pesanan tersebut sangat panjang, maka saya selitkan yang TERAMAT penting untuk dikongsikan bersama anda. Jika ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh bertanya kepada saya menerusi 'pingbox' yang terdapat di sebelah kanan blog ini ataupun anda boleh tinggalkan komen. Mungkin juga boleh menghantar email kepada saya.
PETIKAN PESANAN HAMAS UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA
"kami yakin saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada megara-negara bukan islam, apatah lagi daripada rejin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka"
"Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan."
Antara pesanan yang lain
"Kami akan terus memastikan prinsip islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."
"Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini"
Saudaramu, Khalil Al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legistatif Palestin, 14 Mei 2006.
MasyaAllah sahabat, di manakah mujahidin dari Malaysia? Harapan mereka terlalu besar. Ya Allah, bergetar hati ini apabila membaca pesanan mereka. InsyaAllah, Palestin akan menyaksikan kebangkitan kali kedua. Takbir!
Wallahua'lam.
Salam,semoga army teruskan usaha memberi kesedaran pd umat Islam...yg mana ramai org Islam skrg hanya berpegang pd ajaran Islam yg bersifat luaran shj. Contoh kes penggunaan nama Allah, mereka sanggup berdemo dll. Pada masa yg sama hukum hakam diperlekeh, dipersenda, dihina. Tidakkah mereka2 itu sama spt....!!!(reka ayat sendiri la)Ya Allah...peliharalah negara kami ini dr kemurkaan Mu. Rasanya jika tiada tekanan dr........, insyaallah ramai yg mennyahut seruan JIHAD...setelah melihat vidoe kekejaman yahudi laknattullah.
BalasPadamSalam,kalau tiada halangan dr.......(pikir sendiri) insyaallah ramai yg sanggup menyahut panggilan JIHAD
BalasPadamwassalam..hadza min fadhli rabbi....insyaALlah
BalasPadamuncle pn klu ada apa2 idea yg bgus...gitahu la..
salam...subahanallah...ya ALLAH...berikan rahmat keatas ARMY OF ALLAH ni...Walaupun dia muda pada umur....tapi dia matang dalam berfikir...syabas dik..teruskan PERJUANGANMU menegakkan islam...
BalasPadamsalam...teruskan perjuangan mu dik
BalasPadamto NUR JANNAH= masyaAllah...amien..syukron ya ukhti...hadza min fadhli rabbi
BalasPadamto n= wassalam...doakan mogaku thabat dalam perjuangan
ameen dik....mari kita bangun dari lena yang panjang
BalasPadamayuh kak!
BalasPadamjika akak adalah seorang lelaki...akak akan menawarkan diri utk menjadi army islam tuk di hantar kesana...
BalasPadamSaya adalah seorang perempuan tetapi saya tetap akan menawarkan diri untuk dihantar ke sana....islam tidak melarang perempuan menyertai peperangan.....^_^
BalasPadam