Sabtu, 29 Ogos 2009
Jumaat, 28 Ogos 2009
Didiklah jiwamu dengan perjuangan.
Assalamualaikum sahabat. Gambar apakah diatas? Mayat? Ya! Anda memang tepat, ia gambar mayat. Ops! Nanti, jangan takut untuk melihatnya. Jangan palingkan wajah anda dan saya ingin anda habiskan membaca artikel ini yang saya taip sendiri bukan "copy and paste".Sahabat, jika anda sendiri takut untuk melihat gambar ini, saya ingin bertanya, bagaimana perasaan saudara-saudara kita di Palestine yang setiap hari melihat mayat bergelimpangan? Bagaimana perasaan mereka jika orang yang mereka sayangi dibunuh di hadapan mata mereka sendiri? Sebentar, saya ingin mengajak anda membayangi orang yang paling anda sayang. Bayangkan mereka adalah mayat diatas. Apa perasaan anda? Kalau anda mahu tahu, dan saya rasa anda sendiri tahu, kanak-kanak Palestine melihat pemandangan yang jauh lebih DASYAT daripada gambar ini. Jadi, malulah anda dengan mereka!
Duhai sahabatku, jiwa kita ini jangan sentiasa dididik dengan kelembutan kerana suatu hari nanti ia tidak mampu berhadapan dengan kekerasan. (saya tidak kisah jika anda langsung tidak bersetuju dengan pendapat saya). Didiklah jiwa anda dengan perjuangan. Baiklah, biar saya berikan contoh. CTH: Anak nelayan ia akan dididik dengan ombak, laut dan segala macam bahaya sebelum ia menjadi seorang nelayan berjaya. Begitu juga kita yang ingin berjuang. Jiwa kita kadangkala perlu dididik dengan mayat, darah dan sebagainya. Jangan takut untuk mencubanya kerana bayangkan betapa jauh perbezaan anda dengan bayi Palestine yang selalu disirami darah orang tersayang. Tapi awas! Saya juga tidak mengatakan yang jiwa kita tidak perlu dididik dengan kelembutan. Ya, kita perlu mendidik jiwa dalam lembut tapi tegas! Itu baru cantik!
Mungkin ada yang berpendapat, jika kita sudah terbiasa melihat mayat atau apa-apa sahaja yang berunsurkan kezaliman, maka kita akan menjadi terlalu biasa dengan perkara itu. Lalu, pembunuhan atau kematian bukanlah satu isu besar lagi bagi kita. Jadi, perasaan menyayangi manusia itu akan hilang. Begitu? Maaf, saya tidak bersetuju dengan pendapat ini. Baiklah biar saya mengeluarkan hujah. Sahabat, situasi adalah berbeza. Maksud saya, bagi rejim zionis yang sudah biasa membunuh, ya, pastinya mayat dan darah itu adalah perkara biasa bagi mereka. Saya berani mengatakan mereka sudah hilang sifat sayang sesama manusia, sifat sayang akan suatu nyawa. Makanya, mereka tidak berperikemanusiaan! Bukankah mereka pernah memakai pengikat kepala yang bertulis "born to kill". Tetapi harus diingat, bagaimana dengan warga Palestine? Setiap hari melihat mayat, organ yang terpisah daripada badan dan juga darah. Apakah mereka sudah biasa dengan itu lalu pembunuhan dan kematian menjadi perkara biasa bagi mereka? Ataupun ia bukan lagi isu besar bagi mereka? Pasti tidak bukan? Ia tetap menjadi isu besar kerana mereka bukan membunuh tetapi dibunuh! Jadi, adakah anda faham apa yang sedang saya cuba untuk sampaikan?
Jari-jemari ini masih lagi ingin menaip, namun idea di kepala tidak mampu untuk saya olah. Biar ALLAH sahaja yang memberi kefahaman kepada anda. Moga tujuan saya sampai. Pesanan saya, didiklah jiwa anda dengan seimbang keduanya, lembut tetapi tegas. Sama-samalah kita perbaiki diri. Saya memohon maaf, jika ada diantara anda yang tidak menyukai, berkecil hati atau tidak bersetuju dengan artikel ini. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Jadi, sudilah kiranya yang salah ditegur. ^_^
Isnin, 24 Ogos 2009
Lawak Pak Arab 2...Jgn Tiru!
p/s: Jangan kita jadi begini. Ambil iktibar darinya. Sampaikan waktu solat pun main-main.
Ahad, 23 Ogos 2009
Apa Dosaku Ibu???

Ibu, aku tidak berdosa. Kenapa kau buang aku dari hidupmu. Kau melahirkan aku lalu membunuhku tanpa sempat aku puas menikmati nikmat dunia. Kenapa kau memberi peluang kepadaku untuk hidup jika kau tahu, kau pasti membunuhku!!!!????? Kenapa ibu???? Kenapa?? Ibu, kau tidak layak untuk mengambil nyawaku. Ibu, binatang pun sayang akan anaknya. Tidak punya perasaan perikemanusiaankah kau ibu??!!
Ibu, aku menantimu di pintu syurga. Sekejam mana pun kau ibu, kau tetap ibu kandungku. Ibu yang bersusah payah melahirkan aku ke dunia meskipun setelah itu kau membuangku dari hidupmu. Aku berharap kau insaf akan perbuatanmu membunuh suatu nyawa yang tidak berdosa. Aku sedia memaafkanmu walaupun hatiku terguris dengan perbuatanmu. Sedangkan pengampunan allah itu melebihi segala-galanya, mohon ampunlah atas keterlanjuranmu ibu.
Ibu, aku tahu. Aku dilahirkan atas dasar nafsu. Di usia muda, kau sudah bergelar ibu. Di kala teman lain sibuk belajar, kau begitu asyik dengan khayal dunia. Akhirnya, lahirlah aku. Akhir kalam, moga kau diterima dan diampunkan tuhan.
Isnin, 17 Ogos 2009
Rintihan Anak Palestina
Ayah…!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,ayah..!!,
mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu,ibu…!!,
aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan…??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari…??,
wahai ayah, dimanakah engkau…??,
ooh…bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeruji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu…??,
malulah kalian…malulah kalian…malulah kalian…,
aku mahu ayah!
aku mahu ayah!
aku mahu ayah!
Langgan:
Catatan (Atom)









