KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 20 November 2009

Pluralisme


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Lima minggu saya hilang dari dunia blogger kerana meneruskan pengajian di bumi barakah. Sekarang sampai masanya untuk saya berkongsi sedikit ilmu dengan kalian semua. Sebenarnya, selama lima minggu saya menyepi, saya telahpun mendapat suatu tajuk yang sangat penting untuk dikongsi bersama. Agak lama juga hendak berbincang tentang tajuk ini. Di asrama, saya menghabiskan masa selama 2 hari untuk benar-benar memahami tajuk ini. Tajuk apa ya? Baiklah, tentang "pluralisme". Anda pernah mendengar perkataan ini?


Baiklah. Sebenarnya ia berasal daripada perkataan plural. Plural itu ertinya banyak. Bukan tunggal, ia ada jumlah yang tertentu. Dahulunya perkataan plural ini berkembang di barat sebagai satu istilah yang merujuk kepada paderi Kristian yang dalam masa yang sama juga seorang pedagang. Jadi, paderi itu seorang pluralis kerana ia ada lebih daripada satu kerjaya. Faham?

Wacana ini pula merebak dalam semua lapangan. Hari ini orang bercakap tentang pluralisme secara politiknya, falsafahnya, budayanya dan bermacam-macam lagi. Wacana ini menarik minat orang ramai kerana ramai orang beranggapan perbezaan agama dan budaya adalah penyebab kepada bermacam-macam konflik. Jadi kerana ada tanggapan begitu, untuk menyelesaikan masalah,orang mencadangkan semacam satu penyelesaian iaitu menerima satu keyakinan bahawa kebenaran itu bukan hak mutlak agama tertentu sahaja. Kononnya dengan keyakinan BODOH ini sahajalah konflik berdasarkan agama dapat dihindari. Maaf saya sedikit kasar.

Pada pendapat saya, hanya orang yang akalnya tidak sihat sahaja yang dapat menerima pluralisme ini. Manusia yang berfikiran tidak waras sahaja yang mengatakan pluralisme benar. Kerana apa saya katakan begini? Kerana...baiklah...cuba anda lihat. "Masakan semuanya benar? Islam yang monotheis itu benar, Kristian yang politheis itu juga benar. Takkanlah tuhan itu satu dan pada masa yang sama juga tuhan itu tiga. Kemudian, bagaimana pula kita nak membenarkan atheisme, orang yang tiada beragama dan tidak percayakan tuhan dan pada masa yang sama pula membenarkan theisme. Bolehkah tuhan itu ada dan tidak ada pada satu masa yang sama?" Sekarang anda nampakkan? Betapa pluralisme itu memang tidak boleh diterima. Sesiapa yang membenarkan pluralisme bermakna dia membenarkan bahawa Allah itu sama seperti Jesus, Brahma, Yahweh dan lain-lain. Ini kerana pluralisme mengatakan semua agama adalah sama. Bagaimana mahu menerima Islam memperakukan keesaan Allah dan pada masa yang sama pula memperakukan pula Kristian yang menerima teologi trinity. Ya Allah, sangat memeningkan kepala bukan?

Saya tegaskan di sini bahawa islam menolak pluralisme. Cuba anda buka quran dan lihat surah Maryam ayat 88-90. Itu adalah dalilnya. Allah juga telahpun berfirman, "innaddina'indallhilislam". Pluralisme yang dibawa oleh John Hick ini adalah sangat tidak diterima islam. Golongan pluralis lebih memilih untuk memutar belitkan logika. Mereka berkata "seandainya kita menolak pluralisme bermakna kita menolak toleransi kerana pluralisme adalah toleransi". Baiklah saya ingin bertanya kepada anda. Seandainya kita menolak pluralisme, adakah kita tidak mungkin dapat bertoleransi dengan orang bukan islam? Tidak bukan? Kita boleh sahaja bertoleransi dengan mereka. Itukan tunjang utama keistimewaan islam. Sikap umat Islam ialah, jika penganut lain mahu menganjurkan acara ibadat mereka maka silakanlah! Tetapi untuk mengajak kita berdoa bersama-sama dan mengesahkan doa mereka, maka jawapannya TIDAK!

Sebenarnya, masih banyak lagi yang perlu disampaikan namun saya juga masih belum mampu untuk menerangkan. InsyaAllah, saya akan menyambung lagi artikel ini jika diberikan kesempatan dan kefahaman. Selamat berjuang.



Khamis, 15 Oktober 2009

~Tinta Admin~

Assalamualaikum
hurm, kali ini tidak ada post yang menarik pun.
~(ceh, macamlah post sebelum ni menarik kan?)
Wah, lamanya tidak menaip. Lama juga tidak meng'update' blog. Empat minggu saya meninggalkan dunia blogger. Alhamdulillah, follower semakin bertambah pula. (^_~) Sahabat seperjuanganku, mungkin selepas ini saya akan jarang sekali meng'update blog kerana exam semakin hampir. Tanggungjawab juga kian bertambah.
Lama tidak menyentuh keyboard ni, lambat pula jari-jemari ni menaip. Alahai. Anyway, akhirnya dapat juga bertemu kembali dengan laptop kesayangan setelah sebulan berpisah. Then, dapat peluk my rabbit. Makin kurus pulak Encik Rabbit tersebut. Mungkin rindukan tuannya. Paling best dapat bertemu kembali dengan my beloved family!
Ahad minggu hadapan kena hadiri temu duga pencalonan pengawas untuk sesi 2010. Wajib habiskan oral Bahasa Malaysia. Nota pun kena beres. Belajar dan belajar, hafal jangan lupa. Nasib baik tafsir dan hadis dah khatam, kuranglah sikit beban. Ahh, sibuknya!!! Tensyennya. Cabaran betul. Kalaulah ada Doraemon mesti dia boleh tolong bereskan semua. Aha! Tolong hentikan masa ke. Anyway, masa milik Allah. Doakanlah saya sentiasa success demi Islam ok!

Khamis, 17 September 2009

Detik Kejatuhan Turki



Detik kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Hari yang amat bersejarah buat semua umat islam. 3 Mac 1924, khilafah dihapuskan. Bangunlah wahai saudara-saudaraku daripada khayal dunia!! Umat islam memerlukan kita!

Khamis, 10 September 2009

Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah




Wahai sahabatku,dimanakah kita disaat mereka memerlukan saudara seakidah mereka?

Sedikit ilmu tentang 'Sekular'

Assalamualaikum wahai sekalian pelawat pencetus revolusi mindaku. Apa khabar jiwa dan iman anda? Setelah dua minggu saya menyepi daripada dunia blogger, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang sekular sekadar yang saya tahu melalui pembacaan dan juga perbincangan saya. Sebenarnya, saya tidaklah pandai untuk menerengkan kembali sesuatu yang telah saya baca dan bincangkan, namun kali ini saya akan cuba.

Sahabat, kini, kita sendiri dapat melihat kebanyakan negara islam pada hari ini menjadikan sistem pendidikan sekular sebagai asas dalam pendidikan negara. Saya rasa semua orang tahu, sistem ini bertujuan untuk memisahkan islam dari kehidupan keduniaan manusia. Kesannya, timbullah golongan islam yang bijak dalam ilmu-ilmu keduniaan, tetapi jahil tentang agama anutannya sendiri. Golongan ini hanya mengenali agama sebagai gerak kerja kerohanian semata-mata tanpa mengambil kira fungsi agama dalam mengatur semua bidang kehidupan manusia sehingga menjadi sebuah masyarakat yang disegani.

Pada zaman serba canggih ini, Al-Quran telah digugurkan daripada menjadi dasar utama dalam sesebuah negara islam atau dengan kata lain tidak mendapat tempat langsung dalam bidang politik. Syariat islam dilenyapkan satu persatu supaya tidak menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia semuanya. Kuasa menghukum dan menggubal undang-undang diberikan kepada akal manusia yang terbatas dan nafsu yang begitu rakus.

Sahabat seperjuanganku, saya ingin memberitahu kalian. Dr. Yusuf Al-Qadrawi pernah menyatakan di dalam kitabnya."Diantara perkara yang berhak dihukum KAFIR tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang menolak syariat Allah dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah, mereka enggan. Lebih dasyat daripada itu, mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat islam atau kembali kepada islam".

~Daripada kata-kata Dr. Yusuf Al-Qadrawi itu, adakah anda juga memikirkan apa yang saya fikir? Pemerintah dan dan pendokong parti sekular dihukum kafir tanpa keraguan bukan?

Nampaknya, sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan. Insan yang dangkal dengan ilmu ini amat mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat sekalian.