KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 20 Disember 2009

Budaya Hedonisme Kian Menyerang Remaja Islam

Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas semua pelawat blog. Moga kalian sentiasa di dalam rahmatnya. Perkongsian kali ini bakal membawa anda kepada permasalahan budaya "Hedonisme" yang kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja islam. Admin bukanlah pakar dalam soal ini. Cuma, sekadar berkongsi kefahaman dan pengetahuan.

Baiklah sahabat, apakah Hedonisme? Hedonisme adalah berhibur secara berlebihan, yakni secara melampau!

~Ya,terus apa bahayanya pada remaja kita?~
Baik, cuba anda baca apa yang akan saya sampaikan. Budaya ini mengajak remaja-remaja islam berhibur. Ya, memang tidak salah berhibur. Tetapi, budaya ini mengajak mereka berhibur secara BERLEBIHAN atau lebih tepat lagi secara MELAMPAU. Lihat kesannya,ia akan melahirkan generasi muda yang amat tidak mementingkan masa hadapan. Apa tidaknya, mereka hanya tahu berhibur dan bersuka-ria. Malah mungkin juga ada yang sampai melupakan kewajipan kepada agama.

"Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok".
Lihat ayat ini. Era ini, kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu memimpin dengan baik. Mampu memikul tanggungjawab tanpa khianat kepada mana-mana pihak. Cuba anda fikir, jika remaja kita terlibat dengan budaya Hedonisme ini, bagaimana pemimpin kita pada masa hadapan? Siapa pemimpin kita pada masa hadapan? Remaja pada hari ini bukan?! Ya! Justeru, budaya ini ternyata sangat berbahaya. Tidak perlu diterangkan dengan lebih panjang saya sudah tahu, anda dapat memahaminya bukan? Anda dapat memikirkan tentang impaknya bukan?

Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir, rasanya, sesuaikah budaya hedonisme ini dengan kita sebagai masyarakat timur yang mementingkan budi bahasa dan adab sopan? Jika permasalahan ini tidak dititikberatkan, maka ia akan meracuni fikiran remaja-remaja yang masih belum berfikiran matang. Jika dibiarkan, sudah pasti ia akan mengubah adat hidup dan budi bicara mereka nanti. Benar bukan?

Banyak lagi budaya yang telah dilahirkan oleh Hedonisme ini. Antaranya, budaya MALAS.
Hedonisme telahpun membius, menyuntik dan melekakan pemikiran remaja, lalu mereka tidak lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu kerana apa yang mereka tahu hanyalah berhibur sahaja.Pada mereka, hidup hanya sekali, so? "Jom kita enjoy!". wah! Banyak cantik! Korang fikir hidup ini hanya untuk berseronok ya?

Kita dapat lihat sendiri. Gejala sosial turut dilahirkan oleh budaya Hedonisme ini. Eh, bagaimana itu? Baik, mari saya terangkan. Jika sudah di'set'kan di dalam mindanya, life is just for fun, maka sudah pasti hanya ingin gembira sahaja bukan? Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian kita, apabila remaja islam mula berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di kelab malam, pub, disko dan sebagainya utntuk bersuka-ria. Nah! Di sinilah lahirnya gejala sosial itu. Penyakit sosial mula menjangkiti seperti, meminum arak, terkinja-kinja menari seperti orang gila, mendengar lagu-lagu rancak yang menyakitkan telinga sambil menggoyangkan kepala, bukan ada untungnya malah mengusutkan rambut sahaja. Buat apa yang mereka suka tanpa menghiraukan orang sekeliling. Mereka fikir orang lain tidak ada perasaankah?. Di mana perasaan malu? Di mana adab sopan masyarakat timur? Malah, di mana akhlak remaja islam? Ah, daripada sini,pasti juga akan berlaku pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang akhirnya sudah tentu membawa kepada zina. Maka akan rosaklah remaja kita! Saya ulang sekali lagi, rosaklah remaja kita! Bakal menjadi sampah masyarakat.

Sekian, sampai di sini sahaja yang mampu saya kongsikan. Maaf jika masih banyak informasi yang belum dapat saya sampaikan. Moga kalian diberi kefahaman. InsyaAllah.

Khamis, 3 Disember 2009

Rantissi, I Love You LILLAH!


Assalamualaikum. Saya sebenarnya masih kebingungan untuk mengupdate blog. ^_^ Tidak tahu apa yang ingin diceritakan. Cuma kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang salah seorang idola saya iaitu "Abdel Aziz Al-Rantissi". Saya pasti anda sudah sangat mengenali empunya nama ini dan mungkin anda sudah mengetahui segalanya tentang dirinya. Langsung saya tidak kisah jika anda tidak sudi membaca artikel ini. Namun, saya tetap ingin meluahkan juga apa yang ada di dalah hati saya kerana saya sangat MENYAYANGI insan ini. Yes, I love him so much!
Saya tidak ingat bila masanya saya mula mengenali as-syahid ini. Tetapi, ketika pertama kali membaca kisahnya, saya sangat kagum dengan dirinya. Malah saya mula menyayanginya. Kehidupannya yang penuh dengan kisah jihad membuatkan saya tertarik dengannya.
Lebih-lebih lagi beliau amat rapat dengan Syeikh Ahmad Yassin yang juga merupakan idola saya. Ia membuatkan saya semakin ingin mengenalinya, menyulami peribadinya dan menjejaki hari-hari yang telah dilaluinya. Paling membuatkan saya menyukainya adalah kerana dia juga yang mengasaskan HAMAS. I love HAMAS too.
Setiap ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya pasti akan saya cuba hafal. Entah kenapa. Tetapi ia membuatkan saya mengerti lebih jauh tentang dirinya.
Kini, setiap kali melihat videonya dan wajahnya. Saya berasa sedih. Melihat semangatnya, saya sebak namun turut jua bersemangat. Pernah juga hampir sahaja saya menangis melihat videonya. Melihat dia berucap. Saya sangat mengagumi as-syahid. Beliau membuatkan saya mencintai tanah jihad Palestin. Beliau juga yang menjadikan saya seperti sekarang. Mengenalinya, menyebabkan banyak perubahan yang berlalaku dalam diri saya.
Di sini saya selitkan salah satu daripada videonya.




Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan mengenalinya. Meskipun ketika saya mengenalinya beliau telahpun syahid.

"Duhai as-syahid. Aku amat mengagumi dan menyayangimu. Kamu memilih untuk mati dengan Apatche maka aku juga memilih untuk mati dengan Apatche sebagai syahid. As-Syahid! I am a Malaysian but I relly want to be a Palestinian! Aku ingin menjadi sepertimu. Moga Allah memberi kesempatan padaku untuk mengikuti jejakmu."

Jumaat, 27 November 2009

First Time

Assalamakualaikum. Late Eid Mubarak! Semoga Aidiladha kali ini lebih bermakna. Sahabat sekalian, sebenarnya saya tidak tahu hendak berkongsi apa pada entri kali ini. Namun, teringin pula hendak mengupdate lagi. (^_^) Aha! Baiklah, baru teringat. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri menjadi fasilitator di sebuah sekolah rendah. (nama sekolah dirahsiakan, takut pula ejen CIA mengutip maklumat, hehe)

Tarikhnya saya sudah lupa. Pagi-pagi lagi, saya dan tiga orang kawan yang lain berjalan kali keluar asrama menuju ke rumah sewa BDK (Badan Dakwah dan Kebajikan). Kami tiba lewat sedikit, kakak-kakak dan seorang ustaz dari sekolah tersebut sudahpun lama menunggu. Bukannya kami sengaja hendak lewat tetapi hari itu penghuni asrama diwajibkan solat subuh berjemaah dan imam akan membaca surah sejadah. Ada juga yang terlewat bangun, (biasalah budak asrama) jadi terpaksa mandi selepas solat. Sedangkan sepatutnya selesai sahaja solat, kami perlu mula bergerak ke rumah sewa BDK.

Sampai sahaja kami di rumah sewa tersebut. Ustaz tersenyum manis sahaja. Tetapi seorang kakak datang mendekati dan berkata. "Apsal lambat sangat? Kesian kat ustaz tunggu lama." Saya membalas "Allah, nak buat cemana. Dah ada orang bangun lewat. Tak kan nak tinggal kot." Ustaz mengajak kami memasuki kereta dan kami diberi penerangan tentang tugas kami sepanjang program.

Tiba di sekolah. Murid-murid sudah lama beratur, menunggu masa dibahagikan kepada kumpulan masing-masing sahaja. Kami berdiri di belakang mereka. Saya terdengar suara seorang murid lelaki berkata "Wei, hari ini ustazah la yang ajar kita" Hehe. Ustazah? Aduh! Kita semua masih kecil lagi adik, terlalu mulia sangat gelaran itu. Mungkin kerana kami bertudung labuh, kerana itu mereka fikir kami ustazah. Hehe. Anyway, dapat juga jadi ustazah sehari.

~Selesai membahagi kumpulan~

Saya mendapat sebuah kumpulan yang ahlinya semua lelaki daripada darjah tiga, kelas last sekali pula. Tidak dinafikan, memang nakal. Suasana di dalam kelas saya sangat bising. Saya menyuruh mereka diam sebentar dan mula memperkenalkan diri. Saya membahasakan diri saya "kakak". Tetapi apabila saya bertanya, adakah mereka mempunyai apa-apa soalan, mereka memanggil saya ustazah. Antara soalan maut yang dilontarkan.

"Ustazah!!!!! Nak tanya!!! Ustazah ni laki ke pompuan?" Adesss....Belum sempat saya menjawab, seorang rakannya sudah menjawab. Soalan kedua pula.

"Ustazah dah kawin ke belum? Ada berapa orang anak?" Alamak! Jenis apa soalan ini? Saya cuma menggelengkan kepala.

"Nama ustazah apa?" Ha! Soalan yang bagus. Saya menjawab.

"Panggil sahaja Ustazah Aida" Mereka bersorak dan salah seorang daripada mereka bangun bertanya.

"Nama penuh?" Saya tidak menjawab tetapi menyuruh mereka meneka. Budak yang duduk di hadapan sekali bangun menjawab.

"Saya tau! Nama ustazah, Mohd Aida Bin Seman" Seriously, jawapannya membuatkan saya ketawa. Kawan-kawannya yang lain juga ketawa.

Selesai sesi bertaaruf. Saya memulakan tugas metasmi' setiap seorang bacaan surah fatihah. Memang amat mengejutkan saya, ramai yang mesih belum menghafal surah itu. Malah surah-surah pendek yang lain pun sama. Kelas memang bising. Saya memang banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya "fire" setiap seorang hingga rentung. Kelas yang kami duduki adalah kelas murid tahun enam. Kelas itu memang cantik. Tetapi.......bila sahaja budak-budak ini melangkah masuk, habis ditariknya langsir untuk bermain. Seorang duduk di atas langsir dan yang lainnya menarik. Ya ALlah! Kini baru saya tahu betapa susahnya menjadi seorang pendidik. Insaf sebentar. Hehe. Sedang saya mentasmi' seorang budak. Datang seorang budak pula.

"Ustazah! Naik la cepat, kami nak tarik ni!" Saya tersenyum padanya dan menyuruh mereka menyimpan kembali langsir itu. Dia mengangguk. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi fasi. Memang penat tapi seronok apabila mereka menghargai kedatangan kita. Mereka memang nakal, tetapi apabila kita baik dengan mereka, mereka akan berbuat baik juga dengan kita. Itulah kanak-kanak. Banyak cabaran yang saya lalui di sini. Hendak ceritakan, mungkin kalian penat membaca. Hakikatnya , saya gembira bersama mereka.

Tiba masa pulang, mereka bersalaman dengan saya. Kemudian, seorang budak berkata.

"Ustazah, salam je? Cium pipi tak boleh?" Saya tersengih mendengar permintaannya. Akal pula ligat berfikir, apalah jawapan yang hendak diberi. Murid yang lain pula mengiyakan permintaannya. Saya mendapat suatu akal.

"Ala, tak bolehla. Nanti boyfriend ustazah marah la." Hehe. Suatu jawapan yang langsung tidak pernah terfikir untukku menjawab. Mereka ketawa dan mengangguk. Saya memberi beberapa pesanan kepada mereka sebelum keluar. Seorang budak bernama Imran datang menghampiri saya dan memberikan sebatang pensel.

"Ustazah, ni hadiah saya bagi kat ustazah." Terima kasih Imran. Meskipun cuma sebatang pensel, ia sangat berharga.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi pendidik. Susah hendak mendidik kanak-kanak jika kita tidak tahu caranya. Tidak dinafikan saya mula merindui kerenah mereka bila pulang ke asrama. Kawan-kawan saya hanya ketawa mendengar cerita saya. Mereka mendapat kumpulan yang semuanya perempuan ataupun lelaki campur perempuan. Tapi saya mendapat semuanya lelaki. Apapun, moga ilmu yang sedikit saya ajar mereka diamalkan hingga ke mati.

Jumaat, 20 November 2009

Pluralisme


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Lima minggu saya hilang dari dunia blogger kerana meneruskan pengajian di bumi barakah. Sekarang sampai masanya untuk saya berkongsi sedikit ilmu dengan kalian semua. Sebenarnya, selama lima minggu saya menyepi, saya telahpun mendapat suatu tajuk yang sangat penting untuk dikongsi bersama. Agak lama juga hendak berbincang tentang tajuk ini. Di asrama, saya menghabiskan masa selama 2 hari untuk benar-benar memahami tajuk ini. Tajuk apa ya? Baiklah, tentang "pluralisme". Anda pernah mendengar perkataan ini?


Baiklah. Sebenarnya ia berasal daripada perkataan plural. Plural itu ertinya banyak. Bukan tunggal, ia ada jumlah yang tertentu. Dahulunya perkataan plural ini berkembang di barat sebagai satu istilah yang merujuk kepada paderi Kristian yang dalam masa yang sama juga seorang pedagang. Jadi, paderi itu seorang pluralis kerana ia ada lebih daripada satu kerjaya. Faham?

Wacana ini pula merebak dalam semua lapangan. Hari ini orang bercakap tentang pluralisme secara politiknya, falsafahnya, budayanya dan bermacam-macam lagi. Wacana ini menarik minat orang ramai kerana ramai orang beranggapan perbezaan agama dan budaya adalah penyebab kepada bermacam-macam konflik. Jadi kerana ada tanggapan begitu, untuk menyelesaikan masalah,orang mencadangkan semacam satu penyelesaian iaitu menerima satu keyakinan bahawa kebenaran itu bukan hak mutlak agama tertentu sahaja. Kononnya dengan keyakinan BODOH ini sahajalah konflik berdasarkan agama dapat dihindari. Maaf saya sedikit kasar.

Pada pendapat saya, hanya orang yang akalnya tidak sihat sahaja yang dapat menerima pluralisme ini. Manusia yang berfikiran tidak waras sahaja yang mengatakan pluralisme benar. Kerana apa saya katakan begini? Kerana...baiklah...cuba anda lihat. "Masakan semuanya benar? Islam yang monotheis itu benar, Kristian yang politheis itu juga benar. Takkanlah tuhan itu satu dan pada masa yang sama juga tuhan itu tiga. Kemudian, bagaimana pula kita nak membenarkan atheisme, orang yang tiada beragama dan tidak percayakan tuhan dan pada masa yang sama pula membenarkan theisme. Bolehkah tuhan itu ada dan tidak ada pada satu masa yang sama?" Sekarang anda nampakkan? Betapa pluralisme itu memang tidak boleh diterima. Sesiapa yang membenarkan pluralisme bermakna dia membenarkan bahawa Allah itu sama seperti Jesus, Brahma, Yahweh dan lain-lain. Ini kerana pluralisme mengatakan semua agama adalah sama. Bagaimana mahu menerima Islam memperakukan keesaan Allah dan pada masa yang sama pula memperakukan pula Kristian yang menerima teologi trinity. Ya Allah, sangat memeningkan kepala bukan?

Saya tegaskan di sini bahawa islam menolak pluralisme. Cuba anda buka quran dan lihat surah Maryam ayat 88-90. Itu adalah dalilnya. Allah juga telahpun berfirman, "innaddina'indallhilislam". Pluralisme yang dibawa oleh John Hick ini adalah sangat tidak diterima islam. Golongan pluralis lebih memilih untuk memutar belitkan logika. Mereka berkata "seandainya kita menolak pluralisme bermakna kita menolak toleransi kerana pluralisme adalah toleransi". Baiklah saya ingin bertanya kepada anda. Seandainya kita menolak pluralisme, adakah kita tidak mungkin dapat bertoleransi dengan orang bukan islam? Tidak bukan? Kita boleh sahaja bertoleransi dengan mereka. Itukan tunjang utama keistimewaan islam. Sikap umat Islam ialah, jika penganut lain mahu menganjurkan acara ibadat mereka maka silakanlah! Tetapi untuk mengajak kita berdoa bersama-sama dan mengesahkan doa mereka, maka jawapannya TIDAK!

Sebenarnya, masih banyak lagi yang perlu disampaikan namun saya juga masih belum mampu untuk menerangkan. InsyaAllah, saya akan menyambung lagi artikel ini jika diberikan kesempatan dan kefahaman. Selamat berjuang.



Khamis, 15 Oktober 2009

~Tinta Admin~

Assalamualaikum
hurm, kali ini tidak ada post yang menarik pun.
~(ceh, macamlah post sebelum ni menarik kan?)
Wah, lamanya tidak menaip. Lama juga tidak meng'update' blog. Empat minggu saya meninggalkan dunia blogger. Alhamdulillah, follower semakin bertambah pula. (^_~) Sahabat seperjuanganku, mungkin selepas ini saya akan jarang sekali meng'update blog kerana exam semakin hampir. Tanggungjawab juga kian bertambah.
Lama tidak menyentuh keyboard ni, lambat pula jari-jemari ni menaip. Alahai. Anyway, akhirnya dapat juga bertemu kembali dengan laptop kesayangan setelah sebulan berpisah. Then, dapat peluk my rabbit. Makin kurus pulak Encik Rabbit tersebut. Mungkin rindukan tuannya. Paling best dapat bertemu kembali dengan my beloved family!
Ahad minggu hadapan kena hadiri temu duga pencalonan pengawas untuk sesi 2010. Wajib habiskan oral Bahasa Malaysia. Nota pun kena beres. Belajar dan belajar, hafal jangan lupa. Nasib baik tafsir dan hadis dah khatam, kuranglah sikit beban. Ahh, sibuknya!!! Tensyennya. Cabaran betul. Kalaulah ada Doraemon mesti dia boleh tolong bereskan semua. Aha! Tolong hentikan masa ke. Anyway, masa milik Allah. Doakanlah saya sentiasa success demi Islam ok!