KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 6 Januari 2011

Ghuraba' generasi yang dinanti.

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuanganku. Alluakbar. Sungguh lama saya tidak mengupdate blog, menyepi terus dari dunia blogger. Kadangkala leka, masyaAllah. Namun alhamdulillah ada yang mengingatkan, fazakkir fainnazzikra tanfa'ul mukminin.InsyaAllah kali ini saya ingin membuat sedikit perkongsian ilmu tentang GHURABA' dan saya juga bawakan contoh seperti pembantaian terhadap dakwah Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Sahabat seperjuangan, ghuraba' bereti orang dagang ,orang yang asing lagi terpinggir. Ghuraba' adalah terdiri daripada pemudapemudi yang menjadikan Allah tujuan hidup mereka, Rasul menjadi ikutan mereka dan Alkitab (Al-Qur'an dan sunnah) sebagai pegangan mereka .

Mereka tidak sedikitpun rasa gentar terhadap sebarang ancaman yang datang dari mulut-mulut dan tangan-tangan manusia yang hina lagi zalim.

mereka juga yakin dengan apa yang mereka bawakan sehingga tahap keyakinan mereka itu menyebabkan mereka rela korbankan segala-gala yang ada dalam diri mereka termasuk nyawa dan harta demi Islam yang amat mereka kasihi ini. Subhanallah!!


Dari Ibn Mas'ud R.A ,ditanya kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah , siapakah orang-orang yang asing itu ? Baginda menjawab al-ghuraba ialah kaum yang sedikit yang berada dalam lingkungan kebanyakan manusia jahat dan orang yang menentang/memusuhinya lebih ramai daripada orang yang mentaatinya /mengikutinya.


Begitu sedikit saudara-saudari di kalangan kita (termasuk diri saya sendiri) yang benar-benar sabar dan tsabat (setia) kepada jalan ini (sabilillah) seandainya dihujani dengan macam-macam tribulasi (ujian/mehnah) . Antara tribulasi tersebut termasuklah di pinggirkan , dihina , diugut , di keji bahkan ada di kalangan al-guraba ini terbunuh. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud :


Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka ada antara mereka yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.


Sebagai contoh terbaik. Sejarah Ikhwanul Muslimin di Mesir bermula di mana pelbagai mehnah dihadapi samaada dalam bentuk fizikal (yang boleh kita nampak :penderaan dan pembunuhan ) dan mental (seperti dimalukan /seksual/daiaibkan /fitnah dsb) terhadap penggerak-pengerak IM itu sendiri.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menjadi contoh ghuraba' yang terbaik di mana beliau tetap mempertahankan apa yang beliau bawa walaupun anak-anak buahnya kesemuanya masuk ke penjara oleh Rejim yang tolol lagi hina sedangkan beliau dibiarkan "bebas" yang akhirnya "kebebasan" beliau membawa kepada kesyahidannya.

IM diharamkan ,pemimpin-pemimpin dihukum gantung, pengikut-pengikut ditahan dan diseksa tanpa belas dan mereka ini dihina dan digelar sebagai penjahat dan teroris. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah :54


Mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaaan (orang-orang yang suka mencela). La yahkafuuna laumatal laim!


Celaan dan hinaan serta penyiksaan yang paling mereka (al-ghuraba') takuti adalah Celaan dan hinaan serta penyiksaan yang datang dari Tuhan Maha Pencipta. mereka tidak takut kepada sebarang ancaman yang ditimbulkan oleh manusia yang bodoh lagi bongkak.mereka tetap teguh pendirian walaupun nyawa dihujung tanduk. Subhanallah.


"dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi ,kami tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya ,kalau kami berbuat demikian , tentu kami mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
(Surah Al-kahfi :14)


al-ghuraba ini tidak bersedih dan tidak juga mudah putus harapan untuk perjuangan ini. Walau ribut melanda, tetap mereka harungi jua berpegangkan firman Nya yang bermaksud :


"Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) , jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman .
(Surah Ali Imran : 139)


Mereka ini berpegang kepada apa yang disampaikan oleh Rasul yang tercinta :

" Sampaikan olehmu walau satu ayat"


mereka ini menjadikan dakwah sebagai cara hidup mereka , bahkan seringkali mereka mengungkapkan melalui perbuatan mereka bahawa dakwah ini umpama nyawa mereka.


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepda kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung .
(Surah Ali Imran :104)


Dan ingatlah teman-teman...sebagai seorang pendokong dakwah , kita tidak bermaksud untuk menjadi orang orang yang terasing dan mengasingkan diri kepada masyarakat. Bahkan masyarakatlah patut kita masuki agar dakwah ini terus berkemabang di muka bumi ini.

Namun kita tetap teguh pendirian kita terhadap segala perkara yang menjadi kesukaan Allah dan perkara yang yang menimbulkan kemurkaan Allah.

Kita tidak takut untuk berkata "tidak" terhadap suatu perkara walaupun ia telahpun menjadi suatu kebiasaan bagi seluruh manusia.Dan apa yang kita takut seandainya manusia-manusia inilah yang akan mengheret kita ke dalam api neraka dan menebus segala amal kita disebabkan kita tidak berdakwah kepada mereka.

pada asalnya mereka al-ghuraba', yakni terpinggir dari masyarakat kerana menyoroti apa yang pernah dilalui pada zaman permulaan Islam dahulu

Imam Muslim telah meriwayatkan dalam kitab sahihnya sebagai berikut :


Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda : Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka sungguh bahagialah orang-orang asing itu


Namun kita mestilah ingat dengan janji-janji Allah dalam Surah An-nur :55 terhadap orang-orang yang beriman,


Dan Allah telah berjanji kepda orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi
, sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-nya untuk mereka dan Dia akan benar-benar menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.....

Jumaat, 5 November 2010

Apa yang penting?

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sentiasa insyaALLAH.
Maaf, sememangnya sangat lama saya menyepi daripada dunia blogger. Asif jiddan! Sememangnya banyak yang menghalang, masyaALLAH.

Baiklah, perkongsian pada kali ini adalah tentang kepentingan umat islam menuntut ilmu. AhHa, tajuknya nampak macam familiar? Tidak mengapa, ini sekadar peringatan. Bagi yang mahu membaca, teruskan. Semoga ALLAH memberi kefahaman kepada kalian.

ILMU berasal daripada perkataan arab iaitu 'alima yang bermaksud mengetahui. ILMU sangat hebat! Bahkan orang yang berilmu jua sangat hebat. ILMU dapat merubah suatu keadaan yang negatif kepada positif.

Dunia hari ini menyaksikan umat islam ditindas dan kesucian islam dipijak-pijak oleh kaum kuffar! Ramai umat islam yang bangkit, bersuara, berteriak, mengutuk dan tidak kurang juga yang mencaci maki kaum kuffar. MasyaALLAH. Ada yang membakar gambar Benjamin Netanyahu dan ada pula yang membakar bendera israel.

Sahabat seperjuanganku, peringatan ke atas kalian dan ke atas diriku sendiri. Walaupun berpuluh-puluh atau beratus-ratus ataupun beribu-ribu bendera mereka dan gambar presiden mereka kalian bakar, mereka hanya akan menggoyang kaki dan ketawa sinis melihat kedaan kalian. Ia sedikitpun tidak mendatangkan kesan kepada mereka. Apatah lagi yang melakukan demikian dengan nafsu amarah dan bukan kerana ALLAH. Kerana ketakutan mereka sebenarnya adalah jika umat islam menguasai semua bidang ilmu ( selain daripada umat islam kembali pada Al-Quran dan sunnah ).

Kita dapat lihat pada zaman pemerintahan Khalifah Abasiyah, umat islam sangat disanjungi dan dihormati bahkan sangat digeruni oleh orang-orang bukan islam kerana umat islam pada zaman itu mengusai semua bidang ilmu. Sama ada dari segi perubatan, ekonomi, perniagaan dan lain- lain.

Umat yang berilmu sangat dihormati. Kembalikan kegemilangan islam. Tuntutlah ilmu daripada buaian sampai ke liang lahad. Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 11. " Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan berilmu pengetahuan "
Subhanallah.

Ini adalah dari hatiku, kalian boleh sahaja untuk setuju atau tidak ^_^

Selasa, 7 September 2010

Pengertian Sebenar Bid'ah



Permasalahan yang berkaitan dengan bid‟ah merupakan perkara yang amat penting dan terlalu sensitif untuk dibincangkan kerana hal ini dikhuatiri memberi ruang kepada hawa nafsu untuk meresap dan bercampur-aduk ke dalam kerangka syariah yang murni dan bersih. Jika wajib kita menolak dan tidak menerima bid‟ah, maka wajib jugalah kita memberi perhatian yang serius untuk memahami pengertian istilah ini berdasarkan takrif yang terperinci, gambaran, dan keterangan yang jelas agar tidak berlaku kesamaran fahaman antara bid‟ah dan bukan bid‟ah.

"untuk membaca entri selanjutnya, sila download atau buka pautan ini". (tiada bayaran dikenakan)

http://api.ning.com/files/qEFRhsnQnLLbFB72*P3VlI451UwM9rgVsCXjIsaY5PGgg4PxfG40z*BYdZ9T4Ghfq7eJ0kVf2J4O2f3G8pPWhCkkWrxjvwCJ/PengertianSebenarBidah.pdf

Khamis, 12 Ogos 2010

Adolf Hitler

Artikel ni ana copy jep~

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...







Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Rabu, 16 Jun 2010

ROGOL!!!! Astagfirullah!

“Sebuah kisah benar. Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khilafah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC