KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 31 Julai 2009

Ucapan Obama..

Pada 4 Jun lalu, sejarah telah tercipta apabila Presiden USA, Barack Obama berucap di Universiti Kaherah. Saya memuji tindakan beliau yang ingin berbaik-baik dengan umat Islam. Beliau yang mendapat tepukan gemuruh ketika berucap sehinggakan ada yang menjerit 'saya cinta kamu' menjelaskan misi utamanya ialah untuk memulihkan imej USA yg tercalar di mata 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia

Usahanya seperti yang kita sedia maklum, diterima baik oleh masyarakat seluruh dunia. Tetapi, sejauh mana misi tersebut bakal digerakkan oleh Obama selepas ini bagi memulihkan hubungan USA dengan Islam yang dilihat terlalu tegang? Untuk berbaik-baik dengan umat Islam, Obama perlu melakukan usaha yang amat besar setelah banyak kekejaman dan misi USA sebelum ini menindas dan menimbulkan keberangan umat Islam.

Dengan melihat apa yang dilakukan oleh Obama sekarang, ia masih belum menunjukkan tanda perubahan akan berlaku. Jikalau setakat berucap dan memberi harapan tidak akan mengubah apa-apa. Mesej yang disampaikan Obama disanggah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomeini yang menyifatkan USA amat dibenci dan HANYA TINDAKAN BUKANNYA SLOGAN DAPAT MENGUBAHNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Islam is The Empire Of Faith"