KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 23 Ogos 2009

Apa Dosaku Ibu???


Ibu, aku tidak berdosa. Kenapa kau buang aku dari hidupmu. Kau melahirkan aku lalu membunuhku tanpa sempat aku puas menikmati nikmat dunia. Kenapa kau memberi peluang kepadaku untuk hidup jika kau tahu, kau pasti membunuhku!!!!????? Kenapa ibu???? Kenapa?? Ibu, kau tidak layak untuk mengambil nyawaku. Ibu, binatang pun sayang akan anaknya. Tidak punya perasaan perikemanusiaankah kau ibu??!!
Ibu, aku menantimu di pintu syurga. Sekejam mana pun kau ibu, kau tetap ibu kandungku. Ibu yang bersusah payah melahirkan aku ke dunia meskipun setelah itu kau membuangku dari hidupmu. Aku berharap kau insaf akan perbuatanmu membunuh suatu nyawa yang tidak berdosa. Aku sedia memaafkanmu walaupun hatiku terguris dengan perbuatanmu. Sedangkan pengampunan allah itu melebihi segala-galanya, mohon ampunlah atas keterlanjuranmu ibu.
Ibu, aku tahu. Aku dilahirkan atas dasar nafsu. Di usia muda, kau sudah bergelar ibu. Di kala teman lain sibuk belajar, kau begitu asyik dengan khayal dunia. Akhirnya, lahirlah aku. Akhir kalam, moga kau diterima dan diampunkan tuhan.

2 ulasan:

  1. Manusia akan berbuat apa sahaja jika keadaan sudah terdesak tanpa memikirkan baik dan buruk yang mendatang...

    Jadi...
    FIKIRLAH DULU SEBELUM BUAT..

    ~ Karya yang baik Army!

    BalasPadam
  2. Benar bicaramu sahabat, manusia selalu mengikut kehendak nafsu yang rakus sedangkan mereka dikurniakan akal yang membuktikan mereka sebagai makhluk yang mulia.

    BalasPadam

"Islam is The Empire Of Faith"