KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Didiklah jiwamu dengan perjuangan.

Assalamualaikum sahabat. Gambar apakah diatas? Mayat? Ya! Anda memang tepat, ia gambar mayat. Ops! Nanti, jangan takut untuk melihatnya. Jangan palingkan wajah anda dan saya ingin anda habiskan membaca artikel ini yang saya taip sendiri bukan "copy and paste".

Sahabat, jika anda sendiri takut untuk melihat gambar ini, saya ingin bertanya, bagaimana perasaan saudara-saudara kita di Palestine yang setiap hari melihat mayat bergelimpangan? Bagaimana perasaan mereka jika orang yang mereka sayangi dibunuh di hadapan mata mereka sendiri? Sebentar, saya ingin mengajak anda membayangi orang yang paling anda sayang. Bayangkan mereka adalah mayat diatas. Apa perasaan anda? Kalau anda mahu tahu, dan saya rasa anda sendiri tahu, kanak-kanak Palestine melihat pemandangan yang jauh lebih DASYAT daripada gambar ini. Jadi, malulah anda dengan mereka!

Duhai sahabatku, jiwa kita ini jangan sentiasa dididik dengan kelembutan kerana suatu hari nanti ia tidak mampu berhadapan dengan kekerasan. (saya tidak kisah jika anda langsung tidak bersetuju dengan pendapat saya). Didiklah jiwa anda dengan perjuangan. Baiklah, biar saya berikan contoh. CTH: Anak nelayan ia akan dididik dengan ombak, laut dan segala macam bahaya sebelum ia menjadi seorang nelayan berjaya. Begitu juga kita yang ingin berjuang. Jiwa kita kadangkala perlu dididik dengan mayat, darah dan sebagainya. Jangan takut untuk mencubanya kerana bayangkan betapa jauh perbezaan anda dengan bayi Palestine yang selalu disirami darah orang tersayang. Tapi awas! Saya juga tidak mengatakan yang jiwa kita tidak perlu dididik dengan kelembutan. Ya, kita perlu mendidik jiwa dalam lembut tapi tegas! Itu baru cantik!

Mungkin ada yang berpendapat, jika kita sudah terbiasa melihat mayat atau apa-apa sahaja yang berunsurkan kezaliman, maka kita akan menjadi terlalu biasa dengan perkara itu. Lalu, pembunuhan atau kematian bukanlah satu isu besar lagi bagi kita. Jadi, perasaan menyayangi manusia itu akan hilang. Begitu? Maaf, saya tidak bersetuju dengan pendapat ini. Baiklah biar saya mengeluarkan hujah. Sahabat, situasi adalah berbeza. Maksud saya, bagi rejim zionis yang sudah biasa membunuh, ya, pastinya mayat dan darah itu adalah perkara biasa bagi mereka. Saya berani mengatakan mereka sudah hilang sifat sayang sesama manusia, sifat sayang akan suatu nyawa. Makanya, mereka tidak berperikemanusiaan! Bukankah mereka pernah memakai pengikat kepala yang bertulis "born to kill". Tetapi harus diingat, bagaimana dengan warga Palestine? Setiap hari melihat mayat, organ yang terpisah daripada badan dan juga darah. Apakah mereka sudah biasa dengan itu lalu pembunuhan dan kematian menjadi perkara biasa bagi mereka? Ataupun ia bukan lagi isu besar bagi mereka? Pasti tidak bukan? Ia tetap menjadi isu besar kerana mereka bukan membunuh tetapi dibunuh! Jadi, adakah anda faham apa yang sedang saya cuba untuk sampaikan?

Jari-jemari ini masih lagi ingin menaip, namun idea di kepala tidak mampu untuk saya olah. Biar ALLAH sahaja yang memberi kefahaman kepada anda. Moga tujuan saya sampai. Pesanan saya, didiklah jiwa anda dengan seimbang keduanya, lembut tetapi tegas. Sama-samalah kita perbaiki diri. Saya memohon maaf, jika ada diantara anda yang tidak menyukai, berkecil hati atau tidak bersetuju dengan artikel ini. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Jadi, sudilah kiranya yang salah ditegur. ^_^

3 ulasan:

  1. saudari islamkanjiwamu ni baru berumur 14 kan??uncle uto sungguh kagum dengan penulisan islamkanjiwamu..simple..tapi masih leh berikan kesan jika diamati dengan betol..tq..

    gambar yang betol2 menyayat hati..

    BalasPadam
  2. Terima kasih uncle uto...
    haha, just call me Army ^_^
    ~islamkanjiwamu tu cuma nama blog

    Teruskan perjuangan yang masih belum selesai!

    BalasPadam
  3. Assalamualikum... saudariku... aku bangga punyai saudari seislam yang punyai semangat seperti mu... tidak bangyak muslimah yang ada sepertimu di Malaysia ini. Teruskan perjuangan... kerana ia janji ALLAH YANG MULIA... kita kan tinggalkan hasilnya...

    BalasPadam

"Islam is The Empire Of Faith"