KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 27 November 2009

First Time

Assalamakualaikum. Late Eid Mubarak! Semoga Aidiladha kali ini lebih bermakna. Sahabat sekalian, sebenarnya saya tidak tahu hendak berkongsi apa pada entri kali ini. Namun, teringin pula hendak mengupdate lagi. (^_^) Aha! Baiklah, baru teringat. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri menjadi fasilitator di sebuah sekolah rendah. (nama sekolah dirahsiakan, takut pula ejen CIA mengutip maklumat, hehe)

Tarikhnya saya sudah lupa. Pagi-pagi lagi, saya dan tiga orang kawan yang lain berjalan kali keluar asrama menuju ke rumah sewa BDK (Badan Dakwah dan Kebajikan). Kami tiba lewat sedikit, kakak-kakak dan seorang ustaz dari sekolah tersebut sudahpun lama menunggu. Bukannya kami sengaja hendak lewat tetapi hari itu penghuni asrama diwajibkan solat subuh berjemaah dan imam akan membaca surah sejadah. Ada juga yang terlewat bangun, (biasalah budak asrama) jadi terpaksa mandi selepas solat. Sedangkan sepatutnya selesai sahaja solat, kami perlu mula bergerak ke rumah sewa BDK.

Sampai sahaja kami di rumah sewa tersebut. Ustaz tersenyum manis sahaja. Tetapi seorang kakak datang mendekati dan berkata. "Apsal lambat sangat? Kesian kat ustaz tunggu lama." Saya membalas "Allah, nak buat cemana. Dah ada orang bangun lewat. Tak kan nak tinggal kot." Ustaz mengajak kami memasuki kereta dan kami diberi penerangan tentang tugas kami sepanjang program.

Tiba di sekolah. Murid-murid sudah lama beratur, menunggu masa dibahagikan kepada kumpulan masing-masing sahaja. Kami berdiri di belakang mereka. Saya terdengar suara seorang murid lelaki berkata "Wei, hari ini ustazah la yang ajar kita" Hehe. Ustazah? Aduh! Kita semua masih kecil lagi adik, terlalu mulia sangat gelaran itu. Mungkin kerana kami bertudung labuh, kerana itu mereka fikir kami ustazah. Hehe. Anyway, dapat juga jadi ustazah sehari.

~Selesai membahagi kumpulan~

Saya mendapat sebuah kumpulan yang ahlinya semua lelaki daripada darjah tiga, kelas last sekali pula. Tidak dinafikan, memang nakal. Suasana di dalam kelas saya sangat bising. Saya menyuruh mereka diam sebentar dan mula memperkenalkan diri. Saya membahasakan diri saya "kakak". Tetapi apabila saya bertanya, adakah mereka mempunyai apa-apa soalan, mereka memanggil saya ustazah. Antara soalan maut yang dilontarkan.

"Ustazah!!!!! Nak tanya!!! Ustazah ni laki ke pompuan?" Adesss....Belum sempat saya menjawab, seorang rakannya sudah menjawab. Soalan kedua pula.

"Ustazah dah kawin ke belum? Ada berapa orang anak?" Alamak! Jenis apa soalan ini? Saya cuma menggelengkan kepala.

"Nama ustazah apa?" Ha! Soalan yang bagus. Saya menjawab.

"Panggil sahaja Ustazah Aida" Mereka bersorak dan salah seorang daripada mereka bangun bertanya.

"Nama penuh?" Saya tidak menjawab tetapi menyuruh mereka meneka. Budak yang duduk di hadapan sekali bangun menjawab.

"Saya tau! Nama ustazah, Mohd Aida Bin Seman" Seriously, jawapannya membuatkan saya ketawa. Kawan-kawannya yang lain juga ketawa.

Selesai sesi bertaaruf. Saya memulakan tugas metasmi' setiap seorang bacaan surah fatihah. Memang amat mengejutkan saya, ramai yang mesih belum menghafal surah itu. Malah surah-surah pendek yang lain pun sama. Kelas memang bising. Saya memang banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya "fire" setiap seorang hingga rentung. Kelas yang kami duduki adalah kelas murid tahun enam. Kelas itu memang cantik. Tetapi.......bila sahaja budak-budak ini melangkah masuk, habis ditariknya langsir untuk bermain. Seorang duduk di atas langsir dan yang lainnya menarik. Ya ALlah! Kini baru saya tahu betapa susahnya menjadi seorang pendidik. Insaf sebentar. Hehe. Sedang saya mentasmi' seorang budak. Datang seorang budak pula.

"Ustazah! Naik la cepat, kami nak tarik ni!" Saya tersenyum padanya dan menyuruh mereka menyimpan kembali langsir itu. Dia mengangguk. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi fasi. Memang penat tapi seronok apabila mereka menghargai kedatangan kita. Mereka memang nakal, tetapi apabila kita baik dengan mereka, mereka akan berbuat baik juga dengan kita. Itulah kanak-kanak. Banyak cabaran yang saya lalui di sini. Hendak ceritakan, mungkin kalian penat membaca. Hakikatnya , saya gembira bersama mereka.

Tiba masa pulang, mereka bersalaman dengan saya. Kemudian, seorang budak berkata.

"Ustazah, salam je? Cium pipi tak boleh?" Saya tersengih mendengar permintaannya. Akal pula ligat berfikir, apalah jawapan yang hendak diberi. Murid yang lain pula mengiyakan permintaannya. Saya mendapat suatu akal.

"Ala, tak bolehla. Nanti boyfriend ustazah marah la." Hehe. Suatu jawapan yang langsung tidak pernah terfikir untukku menjawab. Mereka ketawa dan mengangguk. Saya memberi beberapa pesanan kepada mereka sebelum keluar. Seorang budak bernama Imran datang menghampiri saya dan memberikan sebatang pensel.

"Ustazah, ni hadiah saya bagi kat ustazah." Terima kasih Imran. Meskipun cuma sebatang pensel, ia sangat berharga.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi pendidik. Susah hendak mendidik kanak-kanak jika kita tidak tahu caranya. Tidak dinafikan saya mula merindui kerenah mereka bila pulang ke asrama. Kawan-kawan saya hanya ketawa mendengar cerita saya. Mereka mendapat kumpulan yang semuanya perempuan ataupun lelaki campur perempuan. Tapi saya mendapat semuanya lelaki. Apapun, moga ilmu yang sedikit saya ajar mereka diamalkan hingga ke mati.

7 ulasan:

  1. hehehe..bagus2..kiranya mohd aida bin seman ni dah terdedah ngan karenah budak2 sek rendah..mmg memeningkan kepala.kira ok la lagi bleh handle mereka dgn tidak mencederakan budak2 tu..=P uncle yg prnah brpraktikum lima bulan ni pun kdg2 tak tahan ngan perangai mereka..tapi kl tak memeningkan,bukan budak namanya..

    BalasPadam
  2. a'a....sabar jer la...huhu....klu x sabar rasanya da arwah dorg tu..hehe

    BalasPadam
  3. hahaha..ganaz gak ustazah ni..

    BalasPadam
  4. salam perJuangan...khaifa haluk ya ustazah?.. huHu..menarik citer tu..macam2 la ragam dalam mendidik ni, m0ga ustazah trus success mnjalankan amanah yG tergalas..pendidikan adalah dakwah.. truskan dakwah, mncipta mahu mnuju mampu!..

    BalasPadam
  5. to uncle Azrai ~ Ustazah? hehe....x layak la....erm..alhamdulillah bikhoir....ana belum jadi pendidik la...PMR pun x lepas gi..

    to uncle uto~ hehe...tawuu tapaa

    BalasPadam
  6. salam ziarah..=)
    nice blog..
    semoga terus thabat dalam perjuangan dakwah..
    ana ske semangat juang anti yg tinggi..
    keep istiqamah n keep blogging..^_^

    BalasPadam
  7. syukron akak yang dikasihi...blog akak hebatlah...hehe

    BalasPadam

"Islam is The Empire Of Faith"