KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 20 November 2009

Pluralisme


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Lima minggu saya hilang dari dunia blogger kerana meneruskan pengajian di bumi barakah. Sekarang sampai masanya untuk saya berkongsi sedikit ilmu dengan kalian semua. Sebenarnya, selama lima minggu saya menyepi, saya telahpun mendapat suatu tajuk yang sangat penting untuk dikongsi bersama. Agak lama juga hendak berbincang tentang tajuk ini. Di asrama, saya menghabiskan masa selama 2 hari untuk benar-benar memahami tajuk ini. Tajuk apa ya? Baiklah, tentang "pluralisme". Anda pernah mendengar perkataan ini?


Baiklah. Sebenarnya ia berasal daripada perkataan plural. Plural itu ertinya banyak. Bukan tunggal, ia ada jumlah yang tertentu. Dahulunya perkataan plural ini berkembang di barat sebagai satu istilah yang merujuk kepada paderi Kristian yang dalam masa yang sama juga seorang pedagang. Jadi, paderi itu seorang pluralis kerana ia ada lebih daripada satu kerjaya. Faham?

Wacana ini pula merebak dalam semua lapangan. Hari ini orang bercakap tentang pluralisme secara politiknya, falsafahnya, budayanya dan bermacam-macam lagi. Wacana ini menarik minat orang ramai kerana ramai orang beranggapan perbezaan agama dan budaya adalah penyebab kepada bermacam-macam konflik. Jadi kerana ada tanggapan begitu, untuk menyelesaikan masalah,orang mencadangkan semacam satu penyelesaian iaitu menerima satu keyakinan bahawa kebenaran itu bukan hak mutlak agama tertentu sahaja. Kononnya dengan keyakinan BODOH ini sahajalah konflik berdasarkan agama dapat dihindari. Maaf saya sedikit kasar.

Pada pendapat saya, hanya orang yang akalnya tidak sihat sahaja yang dapat menerima pluralisme ini. Manusia yang berfikiran tidak waras sahaja yang mengatakan pluralisme benar. Kerana apa saya katakan begini? Kerana...baiklah...cuba anda lihat. "Masakan semuanya benar? Islam yang monotheis itu benar, Kristian yang politheis itu juga benar. Takkanlah tuhan itu satu dan pada masa yang sama juga tuhan itu tiga. Kemudian, bagaimana pula kita nak membenarkan atheisme, orang yang tiada beragama dan tidak percayakan tuhan dan pada masa yang sama pula membenarkan theisme. Bolehkah tuhan itu ada dan tidak ada pada satu masa yang sama?" Sekarang anda nampakkan? Betapa pluralisme itu memang tidak boleh diterima. Sesiapa yang membenarkan pluralisme bermakna dia membenarkan bahawa Allah itu sama seperti Jesus, Brahma, Yahweh dan lain-lain. Ini kerana pluralisme mengatakan semua agama adalah sama. Bagaimana mahu menerima Islam memperakukan keesaan Allah dan pada masa yang sama pula memperakukan pula Kristian yang menerima teologi trinity. Ya Allah, sangat memeningkan kepala bukan?

Saya tegaskan di sini bahawa islam menolak pluralisme. Cuba anda buka quran dan lihat surah Maryam ayat 88-90. Itu adalah dalilnya. Allah juga telahpun berfirman, "innaddina'indallhilislam". Pluralisme yang dibawa oleh John Hick ini adalah sangat tidak diterima islam. Golongan pluralis lebih memilih untuk memutar belitkan logika. Mereka berkata "seandainya kita menolak pluralisme bermakna kita menolak toleransi kerana pluralisme adalah toleransi". Baiklah saya ingin bertanya kepada anda. Seandainya kita menolak pluralisme, adakah kita tidak mungkin dapat bertoleransi dengan orang bukan islam? Tidak bukan? Kita boleh sahaja bertoleransi dengan mereka. Itukan tunjang utama keistimewaan islam. Sikap umat Islam ialah, jika penganut lain mahu menganjurkan acara ibadat mereka maka silakanlah! Tetapi untuk mengajak kita berdoa bersama-sama dan mengesahkan doa mereka, maka jawapannya TIDAK!

Sebenarnya, masih banyak lagi yang perlu disampaikan namun saya juga masih belum mampu untuk menerangkan. InsyaAllah, saya akan menyambung lagi artikel ini jika diberikan kesempatan dan kefahaman. Selamat berjuang.



4 ulasan:

  1. pluralisme?pakcik tak pernah dgr pasal ni..huhu..mmg sempit lah pengetahuan..mngkin sebab lame sangat duk sibuk buat asigment.hehheh..(padahal tiru orang gak)..tq 4 di information..teruskan lagi ye..bleh gak jadikan tempat pakcik tambahkan pengetahuan..cuti sek sekarang ni kan?gi bercuti kat ne??free2,mari la kelantan..pakcik pergi bawa pestai air..(pesta banjir kat kelantan orang cakap pesta air)..=)

    BalasPadam
  2. x penah dgr? huhu..nak bagi pernah la nie...mna da pngetahuan uncle sempit....lebih luas daripada laut oo..haha..oo, moga success wat asigment tu. Cuti ni nak gi malawat kawan2....kat zoo..hehe....erm...pesta air? keh3...ada masa army terbang sana..

    BalasPadam
  3. kawan2 dekat zoo..?army punya kawan pekerja2 kat zoo ke..atau..flora n fauna kat zoo..?hehe..

    BalasPadam
  4. kawan2 army yg dalam sangkar tu..hehe

    BalasPadam

"Islam is The Empire Of Faith"