KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 31 Julai 2009

Ucapan Obama..

Pada 4 Jun lalu, sejarah telah tercipta apabila Presiden USA, Barack Obama berucap di Universiti Kaherah. Saya memuji tindakan beliau yang ingin berbaik-baik dengan umat Islam. Beliau yang mendapat tepukan gemuruh ketika berucap sehinggakan ada yang menjerit 'saya cinta kamu' menjelaskan misi utamanya ialah untuk memulihkan imej USA yg tercalar di mata 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia

Usahanya seperti yang kita sedia maklum, diterima baik oleh masyarakat seluruh dunia. Tetapi, sejauh mana misi tersebut bakal digerakkan oleh Obama selepas ini bagi memulihkan hubungan USA dengan Islam yang dilihat terlalu tegang? Untuk berbaik-baik dengan umat Islam, Obama perlu melakukan usaha yang amat besar setelah banyak kekejaman dan misi USA sebelum ini menindas dan menimbulkan keberangan umat Islam.

Dengan melihat apa yang dilakukan oleh Obama sekarang, ia masih belum menunjukkan tanda perubahan akan berlaku. Jikalau setakat berucap dan memberi harapan tidak akan mengubah apa-apa. Mesej yang disampaikan Obama disanggah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomeini yang menyifatkan USA amat dibenci dan HANYA TINDAKAN BUKANNYA SLOGAN DAPAT MENGUBAHNYA.

Khamis, 30 Julai 2009

PANJI-PANJI HITAM ( THE BLACK BANNER)

Sabda Nabi SAW,“Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW,“Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.“

Sabda Nabi SAW,“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Sabda Nabi SAW,“Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.”(Abu Nuaim)

Abdullah bin Syuraikh berkata,“Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali.”

Kata Sayidina Ali KMW,“Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, “Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan"

Khamis, 2 Julai 2009

KEGEMILANGAN

Setelah memerah berjam2 aq memerah otak, akhirnya datang juga idea..haha
entah knapa, lpas balik dri asrama, aq rasa nak tulis 1 artikel ilmiah.....tp, sekadar yg aq tahu jer la..moga2 ada yg mndapat manfaat darinya.

KE ARAH MENGAMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM!! MAMPUKAH KITA???

Benarkah islam sekarang tidak segemilang islam dahulu???...Dahulu, ummat islam menguasai 2 per 3 dunia, tp skarang...,apa yg tggal??? apa jwpn korg klu ditanya?...jap2..,fikir2...., klu aq lah yg ditanya, q akn jwb mcm ni.., islam e2 mmg gemilang dn selamanya gemilang. Islam yg dahulu adalah islam hari ini. Islam e2 sudah gemilang, yg tidak gemilang sebenarnya adalah umat islam e2 sendiri.!!! Umat islam sndri yg memudarkn cahaya kegemilangan islam sndri! setuju????
Kwn2. Sedarlah.! Kita umat akhir zaman. Takkan kita sekadar hndak mlihat dn mndgr tntg kegemilangan islam dulu TAPI kita yg akn mneruskn kegemilangan itu! AYUH SEMUA! Kita adalah penyambung dakwah nabi n para sahabat. Masih belum sedarkah kalian?? Bangunlah dari khayal dunia..
Sedarlah, kita adalah bangsa yg dimuliakan krn islam! Islam e2 tinggi dn xada yg lbih tggi drinya..Ingatkah kalian pada tarikh 25.3.1924?? tidak?? YA ALLAH! Pada tarikh itulah bermulanya kejatuhan islam di Turki dn dalangnya adalah umat islam e2 sendiri iaitu Mustafa Kamal Attarturk la'natullah alaihi. MasyaAllah...

Jumaat, 19 Jun 2009

Salam perjuangan buat saudara saudari sekalian. Apa khabar diri kalian? Apa khabar iman kalian? Semoga sentiasa dalam jagaan kedua-duanya. Kalian sudah makan? Minum? Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala rezeki yang dikurniakanNya kepada kita. Kali ini, mari sama-sama kita jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah.Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1:
Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.



Langkah 2:
Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air(Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.)

Langkah 3:
Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:
Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5:
Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.(Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja. )

Langkah 6:
Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Selamat mencuba! Lets do it!

Khamis, 11 Jun 2009

Motivasi

Pernah x korg rasa korg ni x brguna??? (jwab lam ati). Aq rasa la, sbagai sorg mnusia normal pasti prnah kn? Tp, aq x tahu la klu korg x prnah rasa.( aq x ckp korg x normal) Maybe korg rsa dri korg trlalu brguna..haha, amin. Mmg aq ngaku, kdg2 kita trlmpau tnsyen ngn sesuatu smpai mrasakn diri kita xbrguna. Seriously, aq prnah rasa.(pecah rahsia). Apepon, xpela klu kita kongsi kn? Lgipn, korg bkn tahu aq sapa. Hehe. Klu yg tahu tu, senyum jer la. Sebenanya, bila kita rsa cam tu kita dah lupa something. Kita ni diperlukan. Cuba korg fikir, klu xde korg, sapela yg nk baca blog aq ni. Pasti akn ada jga sesuatu yg mmrkukn kita. Betul x?(maafla klu korg rasa aq mrapu, aq main taip jer).

Korg tahu x? Tnpa sedar, akn ada jga mnusia yg mletakkn harapan pd kita. Aq yakin, pasti ada! Tnpa kita sedar, akn ada mnusia yg ingin mlihat kita ketawa gembira. Korg tahu x, bila aq rasa diri aq x berguna, aq tgk penagih dadah(aq mmg pelik2). Apsal dorg x rasa diri dorg x bergna? Padahal masyarakat pn x mmrlukan dorg apalagi negara. Aq x kn lupa 1 kata2 yg keluar dri mulut ummi aq yg mmbuatkn aq........,mmbuatkn aq....,ntahla. Aq x dpt tafsirkn prasaan e2. "Ummi yakin, ank ummi lebih hbat dri Nur Amalina yg dpt 17 A tu.". AHA! Cuba korg tgk situasi ni, aq rasa dri aq x brguna padahal aq hebat!( x la sehebat korg, hehe). Aq hebat di mata ummi! Di mata adik2! Aq idola mereka.

Disebabkn rasa syg dn cnta yg mndalam pd dorg suma, aq berubah. Aq x rasa rndah diri.( Rndah dri sifat yg mulia~ikut keadaan la~). Kdg2 aq heran. Mcmna aq bole slalu dpt top 3 lam kelas padahal aq x ska bca buku plajaran. Buat nota pn ala kadar. Aq mmg malas belajar, slalu blajar last minute. ( bgi aq e2 ok dri x blajar lgsung, jgn tiru tau). Aq ni klu nk blajar kna ikut mood. Hehe. Bila aq fikir balik, aq rasa diri aq boleh! Sbb 2 aq boleh buat exam.( disamping pertolongan dri Allah)

Cuba korg rasa diri korg hebat. Tp, jgn gitau org lain nnti dorg ckap kita riak plak. Aq yakin, pasti korg mmpu lakukn. KORANG HEBAT!