KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 14 Januari 2010

Firman Allah dalam surah As-Sof

Assalamualaikum. Masa mengupdate blog. Admin kini makin sibuk =( Semakin dewasa, semakinku kenal erti penat juga erti tanggungjawab dan jua erti sebuah harapan! Ya Allah! Bantulah hambamu. "Man la yazuq la yadriy" maksudnya "sesiapa yang tidak merasa (mengalami) dia tidak akan tahu". Mungkin kalian tidak faham, ya! Memang kalian tidak akan faham. Actually, bukan ini yang ingin saya sampaikan tetapi ini hanya sekadar luahan perasaan.(bahasa rojak, BM+BI=?) (uisy! Sejak bila pula blog jadi dari peribadiku. Urm...)Aduh! Hanya tuhan yang tahu.

Tidaklah banyak yang ingin saya kongsikan pada kali ini. Cuma sekadar ingin mengajak anda bermuhasabah sebentar. "Hasibu anfusakum qobla an tuhasibu". Sahabat sekalian pernah membaca surah as-sof? Maksud saya terjemahan ayat-ayat di dalam surah tersebut. Pasti pernah bukan? Ya! kalau ada yang tidak pernah, buka tafsir quran sekarang! Ini perintah! hehe.(aiks!? kejamnya daku. Haha. Maaf.)

Baiklah biar saja saya berterus terang. Sebenarnya saya mahu kongsikan ayat 2 dan 3 daripada surah as-sof. Seringkali saya mengulang ayat itu dan setiap kali menyebutnya hatiku bergetar. Takut jika ayat itu tepat terkena padaku. Sungguh hanya dengan dua ayat itu mampu membuatkan seorang hamba berfikir lebih jauh, merenung dirinya.

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" ~As-sof ayat 2~ "Sungguh besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" ~As-sof ayat 3~. Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa Allah membenci hambanya yang mengatakan tentang sesuatu perkara sedangkan dia tidak pun melakukan apa yang dikatakannya. Minta jauhlah kita ya. Semoga kita tidak tergolong di dalam ayat itu.

Nah! Muhasabah telah pun sampai ke penamatnya. Kalau ada masa, cubalah hayati dan renung-renungkan ayat itu. Pasti akan terkesan di hati. Berwaspadalah dengan kata-kata kita. Janganlah kita mengucapkan sesuatu yang tidak kita perbuat kerana ia amat dibenci di sisi Allah. Wallahua'lam.

3 ulasan:

  1. Salam. 2 ayat dri suraf as-saf mmg itu menakutkan bla dibaca dan difahami, Tentang bahayanya sikap cakap tak serupa bikin. Surah ini merupakan surah hafalan pertama time sy usrah kt Universiti dulu. Mengeletar jgk hati bla naqib usrah mentafsir dan menghurai dua ayat yg saudara paparkan tu. Moga-moga kita tak jd golongan yg cakap tak srupa bikin. Takut nnt kena laknat oleh Allah. Salam ukhwah

    BalasPadam

"Islam is The Empire Of Faith"