KHAULA2U.com

Maafkanku Palestin, bangsaku masih lagi lena.

Di mana mujahidin Malaysia!?

Islam Is The Empire Of Faith


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 10 Februari 2010

Petikan pesanan HAMAS buat muslim di malaysia.

Assalamualaikum sahabat, lama juga saya tidak berblogging. Apapun, perkongsian kali ini amat bermakna buat saya. Moga kalian mendapat manfaat daripadanya.

Ini adalah petikan daripada pesanan Dr. Khalil Islmail Al-Hayya mewakili Hamas di Palestin untuk umat islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Mazlee Malik atas permintaan Dr. Khalil. (Mazlee malik ialah penulis buku 'HAMAS pejuang kota suci Baitulmaqdis'). Pesanan ini saya ambil daripada buku tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pesanan tersebut sangat panjang, maka saya selitkan yang TERAMAT penting untuk dikongsikan bersama anda. Jika ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh bertanya kepada saya menerusi 'pingbox' yang terdapat di sebelah kanan blog ini ataupun anda boleh tinggalkan komen. Mungkin juga boleh menghantar email kepada saya.



PETIKAN PESANAN HAMAS UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA


"kami yakin saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada megara-negara bukan islam, apatah lagi daripada rejin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka"

"Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan."

Antara pesanan yang lain


"Kami akan terus memastikan prinsip islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini"

Saudaramu, Khalil Al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legistatif Palestin, 14 Mei 2006.


MasyaAllah sahabat, di manakah mujahidin dari Malaysia? Harapan mereka terlalu besar. Ya Allah, bergetar hati ini apabila membaca pesanan mereka. InsyaAllah, Palestin akan menyaksikan kebangkitan kali kedua. Takbir!

Wallahua'lam.

Why HAMAS fight?



"Kami tidak melawan mereka kerana mereka adalah yahudi. Tetapi kerana mereka merampas tempat tinggal kami, tanah kami."

Jumaat, 29 Januari 2010

Wasiat AS-Syahid

JANGAN BANYAK BERDEBAT, WASIAT KE 4 HASSAN AL-BANNA.

Janganlah memperbanyakkan perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna. Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang.

Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."

Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka mungkin tidak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan. Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak.

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat."

Sahabat bertanya: " Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah? "

Rasulullah saw bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku. " (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran. Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawab maka mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling bersengketa sesama mereka.

Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian. Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarungkan idea antara mazhab. Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.





Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati. Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu. Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dan perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.

Sumber : Harakahdaily.net

Khamis, 14 Januari 2010

Firman Allah dalam surah As-Sof

Assalamualaikum. Masa mengupdate blog. Admin kini makin sibuk =( Semakin dewasa, semakinku kenal erti penat juga erti tanggungjawab dan jua erti sebuah harapan! Ya Allah! Bantulah hambamu. "Man la yazuq la yadriy" maksudnya "sesiapa yang tidak merasa (mengalami) dia tidak akan tahu". Mungkin kalian tidak faham, ya! Memang kalian tidak akan faham. Actually, bukan ini yang ingin saya sampaikan tetapi ini hanya sekadar luahan perasaan.(bahasa rojak, BM+BI=?) (uisy! Sejak bila pula blog jadi dari peribadiku. Urm...)Aduh! Hanya tuhan yang tahu.

Tidaklah banyak yang ingin saya kongsikan pada kali ini. Cuma sekadar ingin mengajak anda bermuhasabah sebentar. "Hasibu anfusakum qobla an tuhasibu". Sahabat sekalian pernah membaca surah as-sof? Maksud saya terjemahan ayat-ayat di dalam surah tersebut. Pasti pernah bukan? Ya! kalau ada yang tidak pernah, buka tafsir quran sekarang! Ini perintah! hehe.(aiks!? kejamnya daku. Haha. Maaf.)

Baiklah biar saja saya berterus terang. Sebenarnya saya mahu kongsikan ayat 2 dan 3 daripada surah as-sof. Seringkali saya mengulang ayat itu dan setiap kali menyebutnya hatiku bergetar. Takut jika ayat itu tepat terkena padaku. Sungguh hanya dengan dua ayat itu mampu membuatkan seorang hamba berfikir lebih jauh, merenung dirinya.

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" ~As-sof ayat 2~ "Sungguh besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" ~As-sof ayat 3~. Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa Allah membenci hambanya yang mengatakan tentang sesuatu perkara sedangkan dia tidak pun melakukan apa yang dikatakannya. Minta jauhlah kita ya. Semoga kita tidak tergolong di dalam ayat itu.

Nah! Muhasabah telah pun sampai ke penamatnya. Kalau ada masa, cubalah hayati dan renung-renungkan ayat itu. Pasti akan terkesan di hati. Berwaspadalah dengan kata-kata kita. Janganlah kita mengucapkan sesuatu yang tidak kita perbuat kerana ia amat dibenci di sisi Allah. Wallahua'lam.

Jumaat, 25 Disember 2009

Bagaimana jika Malaysia diserang?



Assalamualaikum. Lihat tajuk post ini, rasanya anda dapat mengagak apa yang akan saya sampaikan bukan? Mabruk! Baiklah, saya ingin mengajak meluangkan masa sedikit bersama saya (chewah! hehe). Sebenarnya, saya ingin mengajak anda membanyangi suatu peristiwa. Apakah peristiwa itu? Ya! Lihat kembali tajuk di atas. Apa? That's the point! Bagaimana jika Malaysia diserang?

Sahabat yang dirahmati, selama ini kita sering beranggapan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Bebas daripada bunyi bising bom-bom dan bedilan-bedilan Apatche. Bebas daripada penjajah seperti zionis keparat! Namun bagaimana jika suatu hari nanti, keadaan di malaysia adalah sama sahaja seperti di Palestine, Afghanistan, Lubnan, Bosnia, Chechnya dan lain-lain lagi? Malaysia diserang! Malaysia dijajah! Bagaimana jika ini berlaku?

Bayangkan. Ups! Jangan ketawa. Saya serius. Ayuh bayangkan bersama.

SAAT PEPERANGAN BERMULA.

Tempat yang mula-mula sekali diserang adalah Putrajaya. Bom dilepaskan! Zionis dan sekutunya melancarkan peluru berpandu, membedil kawasan-kawasan di sekitar Putrajaya. Banyak nyawa yang tidak berdosa syahid begitu sahaja. Mereka membunuh orang tua! Membunuh wanita yang lemah! Juga membunuh anak-anak yang masih kecil! Sama seperti mereka menembak dan membunuh rakyat Palestine yang tidak berdosa! BAYANGKAN!

Sementara itu, datang banyak pesawat musuh silih berganti ke Kelantan, Terengganu dan pahang. Mengebom dan juga membedil. Bagaimana keadaan keluarga kita yang berada di negeri ini?
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu, diserang dengan jet-jet pejuang Zionis yang sentiasa melalui ruang udaranya.Menghujani Johor dengan bom-bom dan roket. Akhirnya Johor dan Negeri Sembilan berjaya ditawan oleh musuh.
Tidak ketinggalan juga di bahagian utara. Kedah, Perlis dan Pulau-Pinang juga adalah sasaran mereka.Sebagaimana yang dilakukan pada rakyat Chechnya, begitu jugalah yang dilakukan kepada rakyat Malaysia. Rumah-rumah dibakar. Ayah disembelih di hadapan ibu dan anak-anak sendiri. Barangan berharga dirampas.

Bayangkan pula bagaimana keadaan anda. Ketika anda sedang bergembira bersama keluarga di dalam rumah. Tiba-tiba, pintu diketuk dengan kuat!

"Isy! Sapa yang datang tu. Takda adab betul, ketuklah perlahan sikit. Abang, pergi buka pintu." Kata ayah. Abang berlari membuka pintu dengan senyuman. Bila pintu dibuka, serta merta senyumannya mati. Tentera zionis mengacukan pistol kepada abang, abang menjerit lalu tembakan dilepaskan. DAMMM! Seluruh isi rumah mengalami kejutan. Ayah mara ke hadapan, ibu berundur ke balakang melindungi anak-anaknya. Tentera zionis keparat itu dengan selambernya menembak ayah menggunakan Rifle tepat sasarannya terkena dahi dan perut ayah. Ayah tersentak lalu rebah. Adik kecil berlari mendapatkan ayah, ibu cuba menangkapnya namun tidak berjaya. Adik memeluk ayah. Menggoncangkan badan ayah yang kian lemah, tidak lagi bernyawa.



"Ayah bangun! Ayah bangun. Ayah, kenapa kepala ayah berdarah? Ayah! Adik nak ayah!" Raungan sayu si kecil itu langsung tidak memberi kesan di hati tentera zionis berhati batu itu. Dia menyepak adik. Memijak perut adik sekuat hatinya. Jeritan ibu yang merayu langsung tidak diendahkan. Akhirnya adik syahid bila sebutir peluru terbenam di dalam tengkuknya. Keadaan ibu menjadi tidak terkawal, dia meronta sekuat hatinya, menjerit, merayu supaya keluarganya dikasihani. Anda cuba menenangkan ibu. Namun ibu tetap begitu. Zionis itu melangkah semakin menghampiri. Anda dan dua orang kakak menarik ibu ke belakang, berundur. Zinois itu semakin kehadapan dan menampar pipi ibu. Kelihatan cecair merah keluar daripada bibir ibu. Kakak-kakak anda terkesima dan anda menggenggam penumbuk. Perut ibu ditembusi 15 peluru. Baju kurung kuning yang dipakainya berubah menjadi warna merah darah. Kakak sulong menjerit, meraung! Belum sempat anda berbuat apa-apa, kakak sulong anda ditarik dan bayangkan kakak kandung anda sendiri kini diperkosa di hadapan mata anda!!!! Sebagaimana tentera Serbia memperkosa wanita islam Bosnia. Raungan kakak sulong semakin lemah dan ianya ditamatkan dengan dua butir peluru yang mengambil tempat di dada kakak. Kakak yang kedua semakin teresak tangisnya. Bayangkan sahabat! Bagaimana jika ini semua berlaku kepada kita!

Sebelum ini anda melihat umat islam di Lubnan, Palestin mati ditembak. Anda tidak mempunyai perasaan apa-apa. Sekarang! Sekarang ia berlaku kepada diri sendiri! Baru anda tahu perasaan sedih ayah, ibu, abang mati ditembak di depan mata, kakak diperkosa di hadapan mata. Baru anda sedar! Nasi menjadi bubur, mengangislah air mata darah sekalipun, mereka tidak mungkin hidup kembali.

Kemudian,zionis-zionis keparat itu merampas kakak kedua anda yang sedang teresak-esak menahan tangis, dibawa menaiki trak untuk dijadikan habuan tentera di dalam kem. Apa yang mampu anda lakukan? Hanya mampu menangis ketakutan! Merayu? Mungkin tidak kerana anda sudah pasti tidak mampu bersuara lagi! Anda hanya mampu mendengar kakak kedua memanggil nama anda, menangis, meraung dan merayu. Hanya mampu melihat dia dibawa pergi.

Apa yang anda harapkan di saat ini? Tiada perkara lain yang anda harapkan melainkan BANTUAN ALLAH, BANTUAN AlLAH MENGHANTAR TENTERANYA UNTUK MEMBELA AGAMANYA.ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA. ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAIN. BAGI MELAWAN TENTERA KEPARAT PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI.

Bayangkan sahabatku. Pasti ini yang akan anda harapkan. Namun! Fikirlah kembali. Beginilah juga harapan-harapan saudara-saudara kita di bumi jihad sana. Mereka masih meneruskan perjuangan kerana mereka yakin dengan janji ALLAH dan mereka yakin saudara seakidah mereka dari serata dunia akan membantu mereka. Tetapi persoalannya, di manakah kita sebagai saudara seakidah mereka di saat mereka benar-benar memerlukan kita? Di mana mujahidin dari Malaysia!!?

~Fikir-fikirkanlah. Ayuh, sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali. Wassalam.